28 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

ADUN Bingkor sumbang mesin pemotong rumput

Junior (kanan) menyampaikan mesin rumput kepada Zamrie (kiri).

KENINGAU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik telah menyumbang mesin pemotong rumput (grass cutter) dan mesin rumput tolak (Lawn Mower) kepada beberapa buah kampung di kawasan ini melalui badan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kampung berkenaan.

Terbaru Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja menyumbangkan mesin-mesin rumput tersebut kepada Kampung Tuarid Taud dan Kampung Bunsit Bingkor.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Bingkor Junior Fred kepada Pengerusi JPKK Kampung Tuarid Taud Ikbal Tunis dan Pengerusi JPKK Kampung Bunsit Bingkor Zamrie Andis.

Menurut Junior, mesin-mesin rumput itu akan diurustadbir oleh badan-badan JPKK kampung masing-masing dan digunakan semasa gotong-royong membersih kawasan kampung.

Katanya, sebelum ini kampung-kampung lain juga telah menerima sumbangan yang sama.

“Kita berharap sumbangan berbentuk mesin rumput ini dapat digunakan sebaiknya oleh penduduk kampung semasa mengadakan gotong-royong dalam usaha menceriakan persekitaran kampung” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN