26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

ADUN Bingkor sumbang kewangan bina Pondok Pengawal SK Kampung Baru.

Robert memotong riben sebagai tanda rasminya pondok itu.

Oleh:Marutin Ansiung

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor  Datuk Robert Tawik @ Nordin sumbangkan kewangan untuk pembinaan Pondok Pengawal Keselamatan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru.

Pondok Pengawal sekolah itu kini siap sepenuhnya dan memberi keselesaan kepada Pengawal-Pengawal Keselamatan sekolah berkenaan.

Kelmarin Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya merasmikan pondok pengawal itu dan menyerahkan secara rasmi kepada pihak sekolah.

Pada masa sama Robert menggesa pihak sekolah dan ibu bapa agar bersama-sama menjaga kemudahan yang terdapat di sekolah itu.

Beliau kemudian  melawat Dewan Terbuka sekolah berkenaan yang sedang dalam pembinaan.

Turut sama Pegawai pendidikan Daerah Keningau Masly Wahip, Pemimpin Pembangunan masyarakat N.40 Bingkor Junior Fred dan Pegawai Kemajuan Masyarakat N.40 Bingkor Tinus Majip.

Sementara itu, Guru Besar Puan Nurul Ain Abdullah bagi pihak sekolah dan ibu bapa mengucapkan terima kasih kepada ADUN Bingkor atas sumbangan pembinaan pondok tersebut.

Katanya, dengan pembinaan pondok tersebut memberi keselesaan kepada pengawal menjalankan tugas.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN