27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

ADUN Bingkor sokong penuh hasrat Kerajaan Negeri membenarkan perniagaan terpilih beroperasi dengan mematuhi SOP

Robert……..tindakan Ketua Menteri Sabah adalah wajar.

KOTA KINABALU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menyokong penuh tindakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang mengumumkan Kerajaan Negeri Sabah membenarkan operasi dine-in di dalam restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkat, tindakan Ketua Menteri Sabah itu adalah wajar kerana kes jangkitan Covid-19 harian bagi negeri Sabah berada di bawah angka yang rendah dan terkawal.

“Hasrat Kerajaan Negeri membenarkan perniagaan terpilih untuk beroperasi dengan mematuhi SOP PKP 3.0. Kebenaran sektor ekonomi dan perniagaan beroperasi akan dapat mengurangkan tekanan dan bebanan kewangan yang dihadapi peniaga kerana tidak beroperasi untuk suatu tempoh yang lama akibat pelaksanaan PKP 3.0” katanya mengulas kenyataan Ketua Menteri bahawa  Sabah membenarkan operasi dine-in di dalam restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel.

Katanya, hasrat dan usaha Ketua Menteri adalah bertepatan kerana beliau melihat rakyat negeri ini sudah memberikan yang terbaik dalam pematuhan SOP dan usaha rakyat memerangi COVID-19.

Beliau berkata, keputusan ini juga menandakan bahawa Kerajaan Negeri mengambil maklum rintihan rakyat di negeri ini khususnya membabitkan aspek kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat mendepani pandemik Covid-19 dan pelaksanaan PKP untuk suatu tempoh masa yang lama.

Pada Isnin Ketua Menteri berkata, mengumumkan Sabah membenarkan operasi dine-in di dalam restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel mulai Selasa.

Ketua Menteri berkata, keputusan itu susulan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara Fasa Pertama selain sebahagian prosedur operasi standard (SOP) Negeri Sabah PKP 3.0 dikekalkan.

Dalam kenyataan itu Hajiji yang Menteri Kewangan turut menambah, kerajaan negeri turut membenarkan gerai-gerai menjual sayur, ikan dan buah-buahan di tepi jalan serta kedai gunting rambut.

Aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan fizikal seperti senaman, golf, memancing dan berbasikal adalah dibenarkan.

“Selain itu, aktiviti pembuatan dan perkilangan diperluaskan kepada getah, simen, cat dan kilang berasaskan kayu dan perabot” katanya

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN