33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

ADUN Bingkor sertai Ride Santai sempena Hari Sukan Negara

Robert (depan tengah)mengayuh basikal bersama peserta Ride Santai sempena Hari Sukan Negara bersama Armada Bersatu Sabah dan Pejabat ADUN Bingkor.

KENINGAU:Hari ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)N. 40 Bingkor Datuk  Robert Tawik @ Nordin menyertai Ride Santai sempena Hari Sukan Negara bersama Armada Bersatu Sabah dan Pejabat ADUN Bingkor dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, tidak dapat dinafikan, pandemik COVID-19 mempengaruhi pola dan cara kita berfikir, hidup bekerja dan bersukan.

Oleh itu katanya, kegiatan seumpama ini boleh mengaktifkan tubuh badan kita agar terus cergas dan sihat.

“Kemungkinan ramai masyarakat kurang aktif bersukan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi  pencegahan COVID-19. Tetapi kita bersyukur kerana kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN)dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)telah memberi kelonggaran untuk aktiviti sukan”  katanya.

Walau bagaimanapun katanya, aktiviti sukan yang dijalankan mestilah mengikuti SOP AM Sektor Sukan dan Rekreasi yang sedang berkuatkuasa sebagai pencegahan COVID-19.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN