27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

ADUN Bingkor serah dua buah tangki air kepada dua buah kampung

Robert (lima dari kanan) semasa menyerahkan tangki di Kampung Mengitom Ulu.

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menyerahkan dua buah tangki air untuk Kampung Tonobon Baru dan Kampung Mengitom Ulu.

Tangki berkenaan adalah Statik di Drop Point bagi kegunaan penghantaran bekalan air bersih kepada penduduk kedua-kedua kampung tersebut di Mukim Bunga Raya.

Menurut Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya, tangki tersebut boleh memuatkan 1,200 galon air bersih pada satu-satu masa bagi menampung keperluan penduduk berikutan cuaca panas dan kering yang sedang dialami penduduk ketika ini.

Beliau berharap, dengan adanya tangki ini, ianya dapat memudahkan proses bantuan penghantaran bekalan air bersih bagi keperluan penduduk.

Pengerusi JKKK Kg.Tonobon Baru Clarence Jackobus mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Robert atas bantuan yang diusahakan bagi memenuhi keperluan rakyat kususnya penduduk di kawasan Mukim Bunga Raya yang terjejas akibat cuaca kemarau.

Katanya, pada ketika ini penduduk sangat-sangat mengharap penghantaran air bersih kerana sumber air paip graviti sudah kering.

Hadir sama, PPM Bingkor Junior Fred, Wakil dari Pejabat Daerah Kamaruddin Latip, Boniventure Harry, CDO Tinus Majip,Kakitangan operasi Pejabat UPPM N.40 Bingkor, kakitangan Pejabat ADUN dan pemimpin-pemimpin setempat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN