Robert (dua dari kiri) menerima cenderakenangan daripada Yuszaimi.
Oleh:Marutin Ansiung
KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menerima kunjungan hormat Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Keningau, Yuszaimi Hairul Azwan Juatan di Pejabat ADUN Bingkor kelmarin.
Menurut Robert, antara perkara yang dibincangkan dalam kunjungan itu adalah berkaitan program persediaan tugas dan tanggungjawab pencegahan penularan covid-19.
“Pihak Bomba dan Penyelamat juga telah menyatakan bahawa mereka sentiasa bersedia untuk seberang kemungkinan masalah kebakaran” katanya.
Rober (duduk )bersama DSP Shahrudin.
Selain itu kunjungan hormat itu juga bertujuan merapatkan hubungan dan kerjasama antara peimimpin dangan pegawai dan anggota JPBM.
Pada hari yang sama Robert yang juga Pembantu Menteri kerja Raya pula membuat kunjungan kepada Ketua Polis Daerah Keningau DSP Shahrudin Mat Husain di Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau.
Robert berkata, kunjungan hormat beliau bertujuan membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM)khususnya berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)dan pelaksanaan pencegahan Covid-19 di daerah ini.
Beliau juga berharap semoga anggota PDRM terus bersemangat, diberi kekuatan dan kesihatan untuk melaksanakan tugasan-tugasan mereka membendung penularan Covid-19 khususnya di daerah ini dan di negara ini amnya.