27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

ADUN Bingkor menerima kunjungan hormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Keningau

Robert menerima cenderakenangan daripada Yuszaimi.

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menerima kunjungan hormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM ) Zon Keningau.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Ketua Zon JBPM  Keningau Yuszaimi Hairrul Azwan Bin Juatan.

Dalam kunjungan Yuszaimi memberi taklimat kepada Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya 

mengenai program-program dan aktiviti-aktiviti jabatan itu sepanjang tahun ini.

Antaranya ialah penubuhan Pasukan Sukarelawan Bomba dan penyelamat di kawasan Bingkor. 

Sementara itu Robert yang mengalu-alukan kunjungan itu berkata, beliau sentiasa memberi kerjasama kepada mana-mana jabatan dan agensi kerajaan di kawasan ini.

Turut serta dalam kunjungan itu ialah  Ketua Cawangan  Keselamatan Kebakaran Zon Keningau Jemishin Bin Ujin, Ketua Cawangan Penyiasatan Kebakaran Zon Keningau Hairin Bin Sapin dan Pegawai Cawangan Keselamatan Kebakaran Zon Keningau Deblie Mamoi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN