Robert menyampaikan sumbangan kurma kepada pengunjung baazar.
KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin dan ADUN Liawan Datuk Annuar Datuk Ayub menghadiri Majlis Berbuka Puasa sempena Lawatan Tapak Baazar di Bandar Baru Keningau pada Jumaat.
Majlis anjuran Majlis Daerah Keningau itu berlangsung di Pexoholic Cafe, Bandar Baru Keningau turut dihadiri oleh Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Keningau Mohd Fawzi Abdul Kadir dan Ahli-Ahli Majlis Daerah Keningau serta para jemputan yang lain.
Sempena majlis itu seramai 10 orang penerima bantuan telah disampaikan daripada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).
Menurut Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya, melalui majlis ini akan dapat mengeratkan lagi kerjasama dan hubungan silaturahim antara pemimpin dan Ahl-Ahli Majlis Daerah serta pihak lain yang terlibat.
Beliau turut merakamkan penghargaan kerana pihak MUIS kerana menyediakan sumbangan kepada pihak yang memerlukan.