30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

ADUN Bingkor hulur sumbangan kepada Surau An Nur Kampung Bandukan Baru.

Haji Yazid (dua dari kiri)menyampaikan sumbangan kepada Herman.

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah ( ADUN ) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menghulurkan sumbangan kewangan kepada Surau An Nur Kampung Bandukan Baru.

Sumbangan tersebut untuk membiayai Program  Bengkel Pengurusan Jenazah Masyarakat Islam Kampung Bandukan Baru anjuran USIA dengan kerjasama Jawatan Kuasa Surau An Nur Kampung Bandukan Baru.

Sumbangan Pembantu Menteri Kerja itu disampaikan oleh Penyelaras Agama Islam DUN N40 Bingkor Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles kepada Pengerusi Surau An Nur  Herman Salim.

Herman merakamkan terima kasih atas keprihatinan Robert dengan menghulurkan kewangan untuk program tersebut.

“Sudah tentu dengan ada sumbangan tersebut program tersebut dapat dijalankan dengan jayanya” katanya.

Turut sama Imam Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor Imam Juslin Ibrahim dan Setiausaha Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor  Kamaruddin Said.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN