30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

ADRIAN  DAN IEZER WAKILI ZON SELATAN KE DARE TO SPELL COMPETITION PERINGKAT DAERAH 5 OGOS INI

Gambar atas baris kedua: Adrian (ke-4 dari kiri), Iezer (ke-2 dari kiri)

RANAU: Dua peserta, Adrian Majunting dari Sekolah Kebangsaan Kemburongoh dan Iezer Rei Roney, Sekolah Kebangsaan Nampasan berjaya mewakili Zon Selatan ke Pertandingan Dare to Spell Competition Peringkat Daerah Ranau yang dijangka akan diadakan pada 5 Ogos ini.

Dalam Pertandingan Dare To Spell Competition Peringkat Zon Selatan anjuran Panitia Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Maukab yang berlangsung melalui Google Meet baru-baru ini menyaksikan Adrian Majunting dan Iezer Rei Roney muncul pengeja terbaik bersama sekaligus mewakili Zon Selatan ke peringkat daerah.

Menurut Pengelola Pertandingan, Jennifer David, sejumlah 8 daripada 11 buah sekolah di Zon Selatan telah menyertai pertandingan tersebut. Ianya terdiri daripada SK. Nampasan, SK. Kemburongoh, SK. Keranaan, SK. Tungou, SK. Kepangian, SK. Gana-Gana, SK. Kinirasan dan SK. Maukab.

Para Ahli Jawatankuasa yang menjalankan pertandingan itu ialah Janny Kasiman (Judge), Mohd Ridhuan Fikri Abdullah (Judge), Trecy Barbara Johnius (Judge), Norsimah Amang (Time Keeper) dan Jennifer David (Host Zoom dan Master Speller).

“Syabas dan tahniah kepada sekolah yang telah menghantar wakil. Kepada yang tidak dapat menghantar pelajar kerana masalah yang tidak dapat dielakkan, difahami. Sentiasa ada masa dan peluang seterusnya untuk anda mengambil bahagian pada tahun hadapan. Kepada semua guru yang bertanggungjawab, tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata betapa kami amat berterima kasih atas segala usaha anda mempersiapkan murid-murid anda untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini,” jelas Jennifer.

“Melihat kepada para peserta yang bersaing cuba berusaha mengeja perkataan dengan betul adalah sesuatu yang perlu dihargai dan mengingatkan kita tentang apa yang telah kita semai sepanjang zaman persekolahan mereka. Tidak mengapa jika mereka tidak berjaya mara ke pusingan seterusnya. Apa yang paling penting ialah pengalaman dan pembelajaran yang akan mereka ingat sepanjang hayat mereka,” ujarnya lagi.

Sumber: Amirah Berniah Ardini Abdullah

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN