BESAR DAN MANIS…Joevier memperlihatkan buah nenas yang ditanamnya.
RANAU: Menyedari ungkapan ‘Berbudi Kepada Tanah’, mendorong seorang pelajar Tingkatan 5, SMK.Mat Salleh di sini, adik Joevier Jamesron 17, meminati bidang pertanian dengan membantu datuknya mengerjakan kebun buah-buahan dan ladang kelapa sawit setiap kali balik kampung di daerah Telupid masa cuti sekolah.
Meskipun masih bergelar seorang pelajar namun, Joevier punyai semangat tinggi membantu kedua ibubapa dan datuk-neneknya mengusahakan bidang pertanian tanpa mengabaikan pelajaran sekolahnya dan ia terbukti apabila sering mendapat gelaran ‘Pelajar Cemerlang’ di peringkat sekolah atas pencapaian kepujian cemerlang dalam semua matapelajaran yang diambilnya.
Selain kecemerlangan dalam bidang Kurikulum dan Kokurikulum di sekolahnya, anak pertama daripada dua beradik itu juga berminat dan pandai bermain alat muzik seperti Piano, Ukulele dan Gitar.
BANGGA…Airine turut memperlihatkan buah nenas yang di tanam anaknya, Joevier.
Atas sebab kemahiran bermain alat muzik itu, adik Joevier sering diundang untuk mengiringi persembahan koir atau lagu-lagu rohani di Gereja SDA Batu 2 Ranau.
Dalam bidang pertanian pula, berkebun nenas di kawasan tanah milik ibunya, terbukti dia meraih hasil apabila pokok-pokoka nenasnya berbuah bersaiz besar yang kemudian di jual oleh neneknya di pasar pekan Telupid.
Ibu tersayangnya, Airine Abidin pula cukup membimbing dan mengambil perhatian terhadap perkembangan pembelajaran kedua-dua anaknya, dengan memastikan sentiasa mengulang-kaji pelajaran sekolah semasa berada di rumah.
“Sayalah ibu dan guru pertama mereka semasa berada di rumah memastikan mereka sentiasa mengulangkaji pelajaran sekolah.
” Saya tidak menghalang anak saya Joevier meminati bidang pertanian kerana ‘Pertanian juga satu Perniagaan”, jelas Airine yang bertugas sebagai seorang Jururawat di salah sebuah Klinik Swasta di pekan Ranau, yang juga cukup meminati pokok bunga hidup seperti bunga ‘Ati-Ati’, ‘Lidah Buaya’ dan banyak lagi.
                  Â