29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

ABIM Ranau dipuji aktif mempelbagaikan program, aktiviti

MESRA…Datuk Jonathan (kiri) ketika berucap pada majlis Silaturrahim itu.

RANAU: Angkatan Belia Islam (ABIM) daerah ini, dipuji kerana aktif mempelbagaikan program dan aktiviti bukan sahaja menjurus kepada peranannya dalam bidang agama Islam, malah aktiviti kemasyarakatan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin berkata,  ABIM juga punyai peranan sebagai generasi muda pelapis penggerak kepimpinan negara khususnya melibatkan kemajuan masyarakat dalam  bidang ekonomi.

“Justeru saya mengharapkan agar peranan ABIM ke arah memperbanyakkan lagi aktiviti yang boleh membantu golongan memerlukan seiring dengan pejuangan bersama meringankan beban kehidupan mereka yang kurang bermampuan terutama yang tinggal di kawasan pedalaman”, jelasnya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Silaturrahim sebelum Berbuka Puasa anjuran ABIM Ranau di Red Tierra Cafe, Kg.Tanah Merah pada petang Rabu.

KENANGAN….Antara tetamu yang hadir merakam  gambar bersama Datuk Jonathan (tengah).

Datuk Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau, seterusnya menyeru kepada ABIM Ranau, supaya bijak merancang dan melaksanakan projek-projek kecil seperti mengusahakan kolam ternakan Ikan Air Tawar, Pertanian atau perladangan sebagai sumber pendapatan jangkamasa panjang.

“Kita bersedia membantu mana-mana yang perlu disamping bantuan daripada Jabatan Kerajaan dan agensinya”, tambah Jonathan.

Sempena majlis itu Datuk Jonathan mengumumkan  sumbangan Silaturrahim berjumlah RM10  ribu kepada ABIM Ranau untuk membiayai kos aktiviti yang bakal dilaksanakan dari masa ke semasa.

Terdahulu, YDP ABIM Ranau, Mohd. Fadzli Bin  Middie dalam ucapan aluannya mewakili Jawatankuasa  ABIM Ranau, berterima kasih atas kehadiran Datuk Jonathan bersama rombongannya ke majis Berbuka tersebut.

“Saya merakam ucapan terima kasih kepada Datuk bersama rombongan hadir ke majlis yang julungkali diadakan ini”, jelasnya.

Beliau menyifatkan kehadiran Datuk Jonathan sebagai  pemimpin prihatin dan berjiwa rakyat yang suka membantu dalam pelbagai bidang tanpa membezakan dari segi latar belakang sukukaum, agama dan fahaman politik.

“Pemimpin macam Datuk Jonathanlah yang kita cari dan harus diberikan sokongan agar berterusan memimpin rakyat akar umbi di daerah kita.

“Memang sesuai pada tempat dan orangnya kita gelarkan Datuk Jonathan seorang “Pejuang, Prihatin dan benar-benar Berjiwa Rakyat”, tegasnya.

Berucap sama pada majlis itu ialah Pegawai Daerah Ranau, Jumain Bin  Abdul Ghani, Penasihat ABIM Ranau, Sabri Abdullah, Pengerusi Biro Hal-Ehwal Islam Pejabat Parlimen Ranau, Sapilin Bin Mudin dan rombongan Datuk Jonathan daripada Pejabat Parlimen Ranau.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN