26 C
Kota Kinabalu
Ahad, November 9, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Abidin serah bantuan atap zink kepada penduduk Kg Kituntul Baru

Abidin menyerahkan bantuan atap zink berkenaan


RANAU: Seramai 35 orang penduduk Kg Kituntul Baru menarik nafas lega apabila menerima bantuan sebanyak 1,400 keping atap zink daripada ADUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir di sini pada hari Isnin.


Abidin yang hadir menyempurnakan penyampaian bantuan itu berkata, permohonan atap zink itu sebenarnya sudah lama dalam senarai namun hanya dapat diserahkan pada hari ini dan diharap sedikit sebanyak dapat membantu penduduk kampung menggantikan atap rumah yang sudah uzur.


“Saya amat senang hati dapat bersama sama dengan keluarga di Kg. Kituntul Baru yang juga satu kampung yang tidak asing bagi saya kerana saya membesar di sekitar kampung ini.


“Untuk makluman, peruntukan Adun kita bahagi bahagikan kepada lebih 100 kampung di DUN Paginatan. Yang penting setiap kampung mendapatkan peruntukan walaupun sedikit. Tidak ada kampung yang diabaikan,” katanya.


Menurut Abidin yang juga merupakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, beliau sangat menghargai sokongan dan dokongan penduduk Kg. Kituntul Baru kerana sentiasa berada di belakang Wakil Rakyat.


Beliau menyeru supaya rakyat di Kg. Kituntul Baru terus memberi sokongan padu kepada Kerajaan GRS supaya agenda pembangunan dan agenda mensejahterakan rakyat dapat diteruskan pasca PRN17.


Walau bagaimanapun, beliau menyeru supaya biarlah berpolitik secara berhemah dan ikatan kekeluargaan harus dijaga.


Sementara itu, Pengerusi JKKK Kg Kituntul Baru, Mustadin Hasan berterima kepada YB Datuk atas keprihatinan beliau memberi atap zinc kepada penduduk Kg. Kituntul Baru.


“Sebanyak 1,400 keping atap zink sumbangan YB Datuk Abidin Madingkir diagih agihkan kepada 35 orng penerima daripada penduduk Kg. Kituntul Baru


“Kita akan membalas budi baik Datuk dengan memberi sokongan padu kepada beliau dalam PRN17 akan datang,” jelas Mustadin.


Turut hadir, PPM Hishamudin Harun, Juis Konsuling, Pegawai Khas kepada Datuk Abidin Madingkir, CDO Jipili Sigal, Pamaju Mukim Tanah Rata Lasius Golipoi, WKAN Luis Katimin, para pemimpin masyarakat setempat dan lain-lain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN