31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Abidin: Kes jangkitan Covid 19 masih tinggi di Ranau, Jangan leka terhadap penjagaan SOP

RANAU: Penduduk di daerah ini, khususnya yang tinggal di kawasan DUN Paginatan dinasihatkan agar jangan leka terhadap penjagaan SOP di kalangan mereka kerana kes jangkitan Covid 19 di daerah ini masih berada pada angka yang tinggi.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir berkata, walaupun larangan merentas daerah telah dimansuhkan oleh kerajaan, ia tidak bermakna bahawa orang ramai tidak sudah perlu risau tentang bahaya jangkitan virus tersebut.

“Mungkin ada yang leka dan lupa bahawa Covid 19 masih merupkan ancaman yang berbahaya kepada diri, keluarga dan masyarakat sekeliling kita. Lebih-lebih lagi selepas kerajaan mengumumkan bahawa kebanyakan aktiviti ekonomi dan sosial sudah dibuka semula.

“Tambahan pula peratusan penduduk yang telah divaksin di kawasan ini telah mencapa 70 peratus. Ada di kalangan kita yang lupa bahawa virus ini masih wujud di tengah-tengah kita dan jika silap langkah, kita atau orang-orang yang kita sayangi juga akan dijangkiti,” jelas beliau.

Justeru, Abidin yang juga Adun Paginatan menggesa penduduk di sini agar bukan sahaja mematuhi, malahan mengetatkan lagi SOP di kalangan mereka, memandangkan sempadan daerah yang sebelum ini dihadkan, kini sudah dibuka.

“Kita mahu mengingatkan semua orang agar jangan tinggalkan SOP kerana di kala kita bergembira bersama kawan-kawan dan ahli keluarga yang lama tidak berjumpa, ada kecenderungan untuk mengabaikan penjarakan sosial atau penggunaan pelitup muka serta hand sanitizer,” kata beliau.

Sementara itu, Abidin turut menasihatkan mereka yang masih belum menerima vaksin Covid 19 sebelum ini untuk berbuat demikian secepat mungkin demi menjaga keselamatan diri serta orang tersayang.

“Kita faham ada segelintir yang tidak mahu atau belum bersedia untuk menerima vaksin tersebut atas pelbagai faktor. Gesaan saya ialah ambillah peluang ini untuk menerima vaksin kerana ia bukan sahaja digalakkan oleh kerajaan, malah disarankan juga oleh agama dan masyarakat kita,” jelas beliau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN