Ghani bersama rombongan dan pemimpin-pemimpin masyarakat semasa majlis santai petang itu.
NABAWAN:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin menghadiri Majlis Santai Petang di Kampung Sigatal Lama Daerah Kecil Pagalungan pada Jumaat lepas.
Selain santai petang dan “kupi-kupi” Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS)menyempurnakan perasmian papan tanda Kampung Sigatal Lama dan penyerahan pakaian seragam kepada Ahli-Ahli Mahkamah Anak Negeri Daerah Kecil Pagalungan.
Selain itu Ghani meluluskan peruntukan perparitan Kampung Sigatal Lama dan tandas awam perkampungan.
Datin Doren @ Asiah (tiga dari kanan)menyampaikan peralatan dapur kepada kaum ibu Kampung Sigatal Lama.
Pada majlis itu isteri Ghani, Datin Doren @ Asiah Haji Azlan @ Philip turut menyampaikan sumbangan peralatan dapur kepada kaum ibu Kampung Sigatal Lama.
Hadir sama pada majlis itu Penolong Pegawai Daerah Kecil Pagalungan Roger Apolonius, Pengurus Besar LKTNS Syaheddrul Joddari bersama rombongan, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM)Nabawan Deckson Andipai, Ketua Daerah Kecil Pagalungan Philip Antugi dan pemimpin-pemimpin masyarakat.