ADVERTISEMENTspot_img

Tiada toleransi penjawat awam yang melanggar peraturan ketirisan perolehan kerajaan

MOHD Khairul ketika menyampaikan amanat bersama Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan di Labuan, pada Jumaat.


Labuan: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA)Tan Sri Mohd Khairul Adid Abdul Rahman berkata tiada toleransi kepada penjawat awam yang terlibat dalam ketirisan perolehan kerajaan.


“Mereka yang didapati tidak mematuhi peraturan sedia ada akan diambil tindakan tegas kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti penjawat awam serta merencatkan proses pemulihan ekonomi negara” katanya.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai 50 peratus kes-kes ketirisan perolehan kerajaan melibatkan penjawat awam seperti yang didakwa Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Bakri baru-baru ini.


Terdahulu, beliau ditemui media pada Majlis Penyampaian Amanat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Bersama Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan peringkat Wilayah Persekutuan Labuan, di sini pada Jumaat.


Jelas Mohd Khairul Adib, dakwaan tersebut amat membimbangkan dan kita mencadangkan kepada jabatan dan agensi yang terdedah dengan ketirisan itu disaran menggunakan Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) bagi membantu menangani isu-isu ketirisan.


Dalam waktu yang sama pihaknya juga telah menubuhkan jawatankuasa bagi memantau pematuhan SOP termasuk Sistem Pengurusan Anti Rasuah ISO 37001 (ABMS).


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN