Pemenang Golf Media Labuan 2006, Ahmad Izz, Idris, Tarmizi dan Ismaaily.
LABUAN: Seramai 100 pemain golf tempatan menyertai Kejohanan Golf Media Labuan edisi ke 3 yang diadakan di padang golf Labuan International Golf Club (LIGC) pada Sabtu.
Kejohanan anjuran Persatuan Penggiat Media Labuan dengan kerjasama LIGC bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara penggiat media, pemimpin masyarakat, agensi kerajaan dan swasta serta syarikat korporat disamping
memoromisikan keunikan padang golf LIGC kepada pemain luar.
Sementara itu, pemain yang tidak asing lagi dikalangan pemain golf tempatan, Idris Mohammad muncul juara bagi kategori Gross selepas mencatatkan 79 pukulan, naib johan dimenangi oleh Ahmad Izz Amin (80pukulan) dan tempat ketiga dimenangi Tarmizi Imbram (80 pukulan).
Bagi kategori Nett johan dimenangi oleh Nur Fatin Syamimi dikuti tempat kedua oleh Ismaaily Ismail dan ketiga Ma Zuhayr yang ketiga tiga mereka mencatatkan 71 pukulan.
Antara pemimpin setempat yang menyertai kejohanan itu Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif LDA Holding Sdn. Bhd, Noor Halim Datuk Zaini, Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Labuan, Datuk Wing Kii Yii, Ahli Lembaga Pemeggang Amanah Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), Datuk Wira Dr. Ramli Tahir, Pengarah Urusan Cahaya Pack, Datuk Gapilin Nasaruddin, Ketua Biro Bernama Labuan, Jailani Hassan dan Pengerusi Persatuan Penggiat Media Labuan, Jainudin Djimin.



