ADVERTISEMENTspot_img

Azman teruja cuba sendiri peralatan teknologi, sains dan kejuruteraan sumbangan Starfish Malaysia.

Oleh: Paul Ukau

KENINGAU – Pengerusi Sabah Net Sdn Bhd Datuk Azman Hj Ruslan ketika menghadiri majlis Perasmian Penutupan Program Sumilou Speeds Roadshow Peringkat Daerah Keningau yang berlangsung di SMK Apin-Apin disini, turut menyaksikan sokongan NGO Starfish Malaysia dan Public Bank dalam usaha menyokong pelbagai program pendidikan di sekolah-sekolah di Negeri Sabah.

Azman melahirkan keterujaan ketika mengadakan lawatan ke ruang pameran program berkenaan, malah turut mencuba sendiri pelbagai peralatan pembelajaran yang disumbangkan oleh Starfish Malaysia.

Penggunaan peralatan tersebut dilihat mampu menarik minat murid untuk meneroka bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pendekatan pembelajaran yang lebih interaktif, praktikal dan menyeronokkan.

Menurut Azman yang juga Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah ( PGRS) P180 Keningau, penglibatan NGO sektor korporat dan sukarelawan dalam menyokong program pendidikan amat penting bagi membuka lebih banyak peluang kepada murid untuk mengenali teknologi serta membina minat terhadap bidang sains dan kejuruteraan sejak di bangku sekolah.

Beliau berharap agar lebih ramai NGO, syarikat korporat dan sukarelawan tampil menghulurkan sokongan serta bekerjasama dengan pihak sekolah bagi memperluas pelaksanaan program seumpama ini, khususnya di kawasan luar bandar Sabah.

Katanya, usaha berterusan seperti ini bukan sahaja membantu memperkayakan pengalaman pembelajaran murid, malah berpotensi mencungkil bakat dan melahirkan generasi muda yang lebih kreatif, berkemahiran serta bersedia menghadapi cabaran teknologi masa hadapan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN