ADVERTISEMENTspot_img

Media Labuan sertai Perlawanan Persahabatan Petanque sempena Program Jiwa@Komuniti MADANI Sembang Santai

Pasukan Media Labuan bersama Pasukan Layangan A

LABUAN: Persatuan Penggiat Media Labuan menurunkan satu pasukan bagi memenuhi jemputan Perlawananan Persahabatan Petanque sempena Program Jiwa @Komuniti MADANI Sembang Santai anjuran Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Kelab Boules Layangan dan Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Layangan.

Perlawanan Persahabatan Petanque yang diadakan di Gelanggang Petanque Layang Layangan turut menyaksikan dua lagi pasukan jemputan mewakilkan Jabatan Penyiaran Labuan.

Turut memeriahkan perlawanan persahabatan ini ialah empat buah komuniti masing masing dari Komuniti Layangan, Bukit Kalam, Sungai Bedaun dan Sungai Labu.

Pada program itu, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Ruddyansjah Mahtar Hams
turut menyampaikan taklimat secara santai berkaitan dasar dan inisiatif kerajaan kepada komuniti yamg hadir.

Hadir sama, Pengerusi JPKK Layangan, Faizal Lakat, Pengerusi JPKK Sungai Labu, Anuar Matsum, Pengerusi JPKK Sungai Bedaun, Mursidi Moktar dan Pengerusi Persatuan Penggiat Media Labuan, Jainudin Djimin.

Sementara itu, pasukan Kg Sg Bedaun A muncul johan kategori komuniti, diikuti Kg Bukit Kalam naib johan dan tempat ketiga bersama masing-masing menjadi milik Kg Layang-Layangan B dan Kg Sg Bedaun B.

Program Jiwa@Komuniti Sembang Santai menjadi platform untuk memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan, pemimpin komuniti, penggiat media dan masyarakat setempat di samping menyampaikan maklumat berkaitan dasar serta inisiatif Kerajaan secara lebih dekat, santai dan berkesan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN