Keadaan tempat duduk pesawat komersial Air Borneo yang masih kosong ketika pembelian tiket atas talian memaklumkan penuh.
LABUAN: Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Labuan Datuk Wong Kii Yii belum berpuas hati dengan perkhidmatan penerbangan domistik Air Borneo.
Menurutnya beliau, beberapa isu masih gagal di selesaikan yang telah menjejaskan keyakinan orang ramai terutamanya dalam pembelian tiket secara atas talian (online).
Beliau mendakwa setiap kali beliau menempah tiket bagi laluan Labuan ke Kota Kinabalu atau sebaliknya selalu dimaklumkan tempat duduk sudah penuh.
Bagaimanapun katanya, selang beberapa jam beliau telah dihubungi bahawa terdapat kekosongan tempat duduk dengan tawaran harga tiket kurang munasabah.
“Beberapa hari yang lalu saya telah membeli tiket atas talian, bagaimanapun dimaklumkan tempat duduk sudah penuh, selepas beberapa jam kemudian saya dihubungi semula memaklumkan terdapat kekosongan tempat duduk dengan menawarkan harga yang agak tinggi.

Datuk Wong Kii Yii.
Namun apa yang menyedihkan saya, ketika saya menaiki pesawat tersebut masih banyak ruang kosong yang tidak diisi oleh penumpang, katanya ketika menghubungi BDB di sini kelmarin.
Jelasnya beliau telah beberapa kali membuat aduan ke Air Borneo termasuk mendedahkan di media berkaitan permasalahan ini, namun tiada penyelesaian konkret dilakukan
Wong juga sebelum ini telah membuat aduan supaya Air Borneo melantik agen untuk penjualan tiket secara fizikal menggunakan perkhidmatan kaunter.
Perkhidmatan penjualan tiket menggunakan kaunter akan lebih memudahkan khususnya kepada golongan warga emas yang tidak memahami mengenai pembelian melalui atas talian.
Selain itu katanya, pembelian tiket atas talian tidak dapat menyelesaikan masalah sepenuhnya disebabkan kekerapan berlakunya gangguan sistem dan kesesakan trafik sesawang.
Tambah Wong, Air Borneo perlu lebih proaktif dalam melaksanakan perkhimatan yang boleh memudahkan semua pelanggan.
Wong berkata, beliau juga telah beberapa kali mejemput pihak pengurusan Air Borneo untuk mengadakan pertemuan dengan LCCC untuk memberi pandangan atau maklum balas dalam menambah baik perkhidmatan yang sedia ada.
Bagaimanapun sehingga kini pihak Air Borneo belum memberi sebarang maklum balas mengenai jempuan tersebut.



