ADVERTISEMENTspot_img

FESTIVAL AMBUYAT/ BAURUNG-URUNG PMBS 2026 DIADAKAN 1 NOV DEPAN

Sapdin ketika mempengerusikan mesyuarat itu pada petang Khamis.

KOTA KINABALU: Festival Ambuyat/ Baurung-Urung Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) 2026 akan diadakan pada 1 November depan.

Pengerusi Pelaksana, Datuk Haji Sapdin Ibrahim berkata pesta tahunan ini akan diadakan di dua tempat berasingan iaitu Dewan Kesenian Islam dan Dewan Terbuka Pekan Membakut.

” Kalau tahun lalu kita adakan di Dewan Wawasan Kampung Pimping, untuk kali ini kita memutuskan untuk mengadakan di kedua dewan tersebut agar lebih ramai pengunjung dapat datang,” katanya ketika memprngerusikan mesyuarat persediaan festival itu di sebuah restoran terkemuka di Lok Kawi di sini pada Khamis.

Sapdin yang juga Pegawai Eksekutif Yayasan Dangsanak Sabah ( YDS) penganjuran festival ini juga dengan kerjasama YDS, Pejabat Daerah Membakut dan beberapa agensi kerajaan negeri.

Beliau berkata beberapa acara menarik sedang disusunatur termasuklah Pertandingan Ambuyat, Pertandingan Memanting Gambus Solo, Pertandingan Kulintangan Remaja, Pemeran alat-alat tradisi masyarakat Brunei, gerai jualan dan penyampian Anugerah Pelajar Cemerlang Anak- Anak Masyarakat Brunei untuk Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.

Dalam mesyuarat itu katanya Hajah Dayang Rugayah Haji Ag Besar dilantik Pengerusi Pertandingan Ambuyat dibantu oleh dua Ahli Jawatankuasa Pusat PMBS, Dr Hajah Dayang Hajijah Hj Ag Alli dan Cik Norlihan Mohd Azman.

Untuk Pertandingan Memanting Gambus Solo, Naib Pengerusi 1, Hj Pg Japar Hj Pg Osman dilantik sebagai pengerusi yang akan dibantu oleh AJP Pg Junaidi Pg Tinggal.

SELEPAS MESYUARAT…Sapdin (enam kanan) bersama AJP PMBS selepas Mesyuarat Persediaan Festival Ambuyat/ Baurung-Urung PMBS 2026 selesai.

Sementara itu Datuk Dr Haji Saat Hj Ag Damit pula diberikan amanah sebagai Pengerusi Pelaksana Pertandingan Kulintangan Remaja Bawah 16 tahun kebawah.

Untuk Pemilihan Anugerah Pelajar Cemerlang untuk SPM dan STPM ianya akan di Pengerusikan oleh Professor Dr Hj Rasid Haji Mail yang juga Pengerusi Biro Pendidikan PMBS.

Menurut Sapdin Anugerah Pelajar Cemerlang Etnik Brunei buat tahun ketiga ini menyediakan kuota 100 pelajar cemerlang untuk diberikan insentif wang tunai iaitu 50 untuk SPM yang mendapat 7 A ke atas dan 3.0 pointer ke atas untuk STPM.

” Semua pelajar cemerlang ini akan dijemput untuk menerima insentif tunai itu yang jumlahnya akan ditetapkan kemudian atas sumbangan YDS,” tambahnya.

Beliau meminta semua pengerusi- pengerusi yang dilantik supaya membuat persiapan rapi agar perjalanan sambutan berjalan dengan lancar.

Festival sehari suntuk itu akan dirasmikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Presiden PMBS, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif.

Turut hadir pada mesyuarat itu Naib Presiden 2, Datuk Haji Ahmad Shah Talip, Setiausaha Agung, Norhasan Haji Ismail, Ketua Penerangan, Haji Mohd Amin Hj Muin dan hampir semua AJP PMBS.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN