ADVERTISEMENTspot_img

KPDN Labuan sita lima unit gelen berisi Petrol tanpa permit

Pegawai Penguatkuasa sita lima unit gelen berisi petrol tanpa permit.

LABUAN:Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan menyita lima unit gelen yang disyaki berisi minyak petrol tanpa permit.

Pengarah KPDN Wilayah Persekutuan Labuan, Junaidah Arbain berkata sepasukan penguatkuasa yang sedang melakukan tugasan Ops Tiris 4.0 di kawasan letak kenderaan di Ujung Pasir mendapati sebuah kenderaan dengan pendaftaran tempatan ditinggalkan tanpa pemilik.

“Hasil pemeriksaan lima unit gelen mengandungi petrol tanpa permit atau kebenaran bertulis pemilikan barang kawalan ditemui”katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini kelmarin.

Katanya Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] dan eksibit disita untuk siasatan lanjut.

Nilai keseluruhan sitaan dianggarkan berjumlah RM5,377 ringgit.

Jika sabit kesalahan, bagi kesalahan pertama, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam kes berasingan, sebuah pasaraya di pusat bandar turut diambil tindakan kerana didapati memaparkan dua tanda harga yang berbeza pada bahagian ayam yang dijual.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(1)(a), Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599] untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Jika disabitkan kesalahan, individu boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

Junaidah menegaskan KPDN Labuan terus komited mempergiat pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan undang-undang, khususnya berkaitan kawalan barang serta ketelusan maklumat harga kepada pengguna.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN