ADVERTISEMENTspot_img

Sembilan pemain KK terpilih sertai skuad Sabah ke Kejohanan Ping Pong MSSM 2026

Sebahagian daripada pemain cemerlang Kota Kinabalu pada Kejohanan MSS Sabah di Sandakan baru-baru ini. Ada antara mereka terpilih mewakili Sabah ke Kejohanan MSSM di Terengganu 2026 pada 28 Ogos hingga 4 September.

Oleh: Vitalis G. Bingkasan

KOTA KINABALU: Sembilan pemain Kota Kinabalu terpilih menyertai skuad Sabah ke Kejohanan Ping Pong Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2026.

MSSM 2026 dijadualkan berlangsung di Terengganu pada 28 Ogos-4 September.

Pemain terpilih itu ialah Anson Yang, Mohamad Azeemiwafiy Asman, Irfan Fayyadh Mohd Fariz, Marcus Liew, Athena Ting, Louisa Lu,  Esly Soulis, Elsy Soulis dan Elcy Soulis.

Persatuan Ping Pong Kota Kinabalu (KKTTA) dalam kenyataannya berkata, pemilihan pemain itu berdasarkan pencapaian baik mereka pada kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah  (MSS) Sabah di Sandakan baru-baru ini.

Pemain-pemain itu menduduki lima kedudukan teratas kategori masing-masing dan menjadi  penyumbang utama Kota Kinabalu muncul juara keseluruhan kejohanan berkenaan.

Anson ialah juara lelaki bawah 12 tahun manakala Azeemiwafiy naib juara dan Fayyad tempat ketiga manakala Marcus di kedudukan kelima.

Athena dan Louisa pula ialah pemenang tempat keempat dan kelima perempuan bawah 12 tahun.  

Esly pula naib juara lelaki bawah 18 tahun manakala dua saudara perempuannya, Elsy dan Elcy menduduki tempat keempat dan kelima kategori sama.

Sebagai rekod, Kota Kinabalu muncul juara Kejohanan MSS Sabah 2026 selepas mengumpul 426 mata meninggalkan Sandakan di tempat kedua dengan 347 mata dan Tawau di tempat ketiga dengan 239 mata.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN