ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan Bahas Kampung Kilan dinobat Anugerah Bahas Terbaik Aspirasi Desa Madani 2026 peringkat Kebangsaan

Pasukan Bahas Kampung Kilan bersama hadiah yang dimenangi.

LABUAN: Pasukan Bahas Kampung Kilan dinobat Anugerah Pasukan Bahas Terbaik Anugerah Aspirasi Desa Madani (AADM) 2025, peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Hari Pembangunan Luar Bandar yang diadakan di Stadium Tun Abdul Razak, di Jengka Pahang, baru baru ini.

Pasukan Bahas Kampung Kilan yang dibarisi Anjam Acho, Zamani Mohd. Zain dan Hasmizulizam Hamidon membawa pulang hadiah wang tunai RM20, 000.00.

Pertandingan Bahas Madani yang disertai 13 buah pasukan dari seluruh negara merupakan salah satu kategori penilaian yang disenaraikan dalam penilaian Anugerah Aspirasi Desa Madani Kebangsaan 2025.

Pada pertandingan itu, pasukan pembahas Kampung Kilan bertindak sebagai pembangkang dengan usul yang dibahaskan ‘Penglibatan Belia Dalam Kepimpinan Komuniti Desa: Wajib atau Sukarela’.

Dalam pertandingan tersebut, Pasukan Bahas Kg Kilan telah menentang Pasukan Bahas Kampung Pulau Manis, Kuala Terengganu, Terengganu.

Sementara itu, Anugerah Keseluruhan Utama AADM 2025 dimenangi oleh Negeri Pahang menerusi Anugerah Desa Mampan (Kampung Desa Kerdau Termeloh) dan Anugerah Profilling Komuniti Kampung sekaligus menerima hadiah wang tunai RM150, 000.00.

Naib Johan dimenangi negeri Melaka menerusi Kg Hutan Percha dan tempat Ketiga Sarawak melalui Kg Uma Daro.

Majlis penyampaian Anugerah disempurnakan Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Hajah Rubiah Haji Wang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN