ADVERTISEMENTspot_img

Seramai 146 Penerima Pingat Kebesaran Sabah

TURUT MENERIMA…Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan Sabah (JAPEN), Dr. Diana Dominic dan Jurufoto JAPEN, Azman Jumat.

KOTA KINABALU : Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Mohd Kurniawan Naim Bung Moktar mendahului senarai 146 penerima Darjah Kebesaran, Bintang serta Pingat Negeri Sabah.

Beliau dikurniakan darjah kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman, di Dewan Istiadat Istana Seri Kinabalu, hari ini.

Turut menerima PGDK ialah Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Datuk Azreena Aziz @ Abdul Aziz; Pengarah Pembangunan Negeri Sabah, Datuk Samsul Dollah; serta Setiausaha Sulit kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Datuk Izharudin Jalaludin, diikuti 18 penerima lain.

Dalam istiadat berkenaan, Tun Musa turut menganugerahkan Jaksa Pendamai (JP) kepada tiga individu, antaranya pengamal undang-undang, Shahlan Jufri.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Tetap II Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS), Datin Dr. Cleopatra @ Clare Asing dan Pengarah Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Emas Sanjongan Datu Okar merupakan antara 24 penerima Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK).

Dalam pada itu, seramai 29 individu dianugerahkan Ahli Darjah Kinabalu (ADK) antaranya Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Mariah @ Airiens Doksil. 

Seterusnya, seramai 30 individu menerima Bintang Setia Kinabalu (BSK) termasuk Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan Sabah (JAPEN), Dr. Diana Dominic dan Jurufoto JAPEN, Azman Jumat.

Selain itu, seramai 27 individu menerima Bintang Kinabalu (BK), manakala 11 individu dikurniakan Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT).

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan serta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif./Penerangan

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN