Golf Kapten LIGC dan pemain golf LIGC bersama piala pusingan yang dimenangi.
LABUAN:Pasukan golf Labuan International Golf Club (LIGC) muncul juara Interclub Golf Championship 2026 selepas menewaskan dua pasukan Labuan Golf Club (LGC) dan Pantai Menteri Golf Club (PMGC) dari Negara Brunei Darussalam.
Pada kejohanan itu, LIGC yang menjadi tuan rumah antara tiga kelab itu berjaya mengumpul 730 pukulan keseluruhan untuk bergelar juara.
Naib juara dimenangi oleh pasukan LGC selepas mengutip 779 pukulan dan PMGC di tempat ketiga dengan jumlah 815 pukulan.
Turut dipertandingkan acara kategori individu setiap kelab yang menyaksikan Syamsuddin Jamal dari LIGC muncul juara dengan mencatatkan 67 pukulan, manakala Hong Kok Seng dari PMGC dinobat juara selepas mencatatkan 69 pukulan dan juara individu bagi LGC dimenangi oleh Muhamad Amirul Naim Zulkifli dengan catatan terbaiknya 78 pukulan.
Kejohanan yang pertama kali diadakan itu telah berlangsung di padang golf LIGC pada Sabtu melibatkan 100 pemain dari ketiga tiga kelab berkenaan.
Turut beraksi pada kejohanan itu, Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei, Datuk Mohd Aini Atan, Pengerusi PMGC, Kolonel Zahrin Zunaidi. Naib Prediden LIGC, Helmi Bali dan Kapten Golf LIGC, Mohd Jafar Ahmad.
Sementara itu, Pengerusi PMGC, Zahrin Zunaidi mengalu alukan pemain golf dari Wilayah Persekutuan untuk menyertai Kejohanan Senior Open PMGC dan Kejohanan Terbuka Amatur PMGC 2026 yang kedua duanya akan diadakan pada Ogos tahun ini.



