Mohd Rafi mengagihkan secara simbolik daging korban kepada komuniti yang yang hadir pada program tersebut.
LABUAN : UMNO Bahagian Labuan meneruskan tradisi Ibadah Korban Perdana Aidil Adha kali ke 18 yang diadakan di Balai Raya Kampung Patau Patau Dua, dekat sini, pada Rabu.
Pada tahun ini, sebanyak enam ekor lembu sumbangan Ahli Majlis Tertinggi UMNO (AMT), Datuk Mohd Rafi Ali Hassan bersama keluarganya untuk diagihkan dagingnya kepada komuniti setempat dan ahli ahli UMNO yang memerlukan.
Dalam pada itu, Mohd Rafi yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan menzahirkan rasa syukur kerana pada tahun ini UMNO Bahagian Labuan zekali lagi di berikan kekuatan untuk melaksanakan Ibadah Korban Perdana untuk kali ke 18 sejak ia dilaksanakan pada tahun 2008.
“Kita bersyukur program Ibadah Korban Perdana yang kita anjurkan sejak 2008 tidak pernah gagal dan Alhamdulilah hari ini kita diberi kekuatan untuk melaksanakan Ibadah Korban secara bergotong royong yang diselaraskan oleh UMNO Zon Tujuh yang membabitkan empat buah kampung Patau Patsu Satu, Patau Patau Dua, Rancha Rancha Laut dsn Rancha Rancha Darat”,katanya ketika ditemui pada majlis agihan daging Ibadah Korban Perdana.
Beliau turut menjelaskan, program Ibadah Korban Perdana yang dilaksanakan setiap tahun bukan sahaja menjadi simbol ibadah dan pengorbanan sempena Aidiladha, sebaliknya ia turut mengukuhkan hubungan silaturahim antara komuniti setempat dan kepimpinan parti.
“Inilah semangat sebenar perjuangan dan kebersamaan dalam keluarga besar UMNO iaitu bukan sahaja memperjuangkan rakyat ketika susah dan senang, tetapi terus menyantuni masyarakat melalui budaya kebajikan, pengorbanan dan perpaduan yang telah lama menjadi teras perjuangan,” katanya.
Mohd Rafi urut merakamkan penghargaan kepada seluruh kepimpinan UMNO Zon 7 termasuk ahli jawatan kuasa UMNO empat peringkat dan komuniti setempat yang komited menjayakan program berkenaan sehingga selesai.
Program tersebut turut dihadiri Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Bashir Alias, Naib Ketua UMNO Bahagian, Datuk Khalid Abd Ghani, Ketua Kampung Patau Patau Dua , Elmy Omar serta kepimpinan UMNO Bahagian dan cawangan termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO seluruh Labuan.



