ADVERTISEMENTspot_img

MRSM Kota Kinabalu Bakal Diberi Nama Baharu

Tun Musa (tiga dari kiri) menerima cenderamata daripada Pengarah Urusan WCT Berhad

KOTA KINABALU : Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu bakal dikenali dengan nama baharu.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tarikh pemasyhuran nama baharu berkenaan akan diumumkan selepas mendapat persetujuan rasmi daripada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman.


“Kunjungan hormat pada hari ini adalah untuk menyampaikan hasrat kami secara rasmi bagi mendapatkan persetujuan Tun Musa, setelah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pernah mengisytiharkan untuk menamakan dan memasyhurkan MRSM Kota Kinabalu dengan nama Tun Musa Aman.


“Kunjungan ini juga adalah bagi mendapatkan persetujuan daripada Tun Musa supaya pemasyhuran itu dapat disegerakan. 


“Alhamdulillah, Tun Musa amat berbesar hati menerimanya dengan penuh rasa penghargaan dan pemasyhuran dijangka akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui media selepas kunjungan hormat terhadap Tun Musa di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin.


Beliau berkata, nama rasmi baharu MRSM itu akan dimaklumkan oleh pejabat Yang di-Pertua Negeri Sabah dalam masa terdekat.

Terdahulu, Tun Musa turut menerima kunjungan hormat Pengarah Urusan WCT Berhad, Ir Anthony Teoh.
Anthony ketika ditemui media memaklumkan tujuan kunjungan berkenaan adalah bagi mengemukakan beberapa cadangan pembangunan kepada Tun Musa termasuklah dalam sektor bekalan air dan dan lapangan terbang./Penerangan

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN