Jauteh (empat dari kiri) menekan butang ketika perasmian.
NABAWAN : Keselamatan negara merupakan tanggungjawab bersama yang perlu digalas bagi mengekalkan keamanan.
Pesuruhjaya Polis, Datuk Jauteh Dikun menegaskan keselamatan negara bukan saja tanggungjawab pihak berkuasa, malah merupakan amanah bersama seluruh lapisan masyarakat.
“Nabawan dipilih sebagai antara lokasi Program Community Policing memandangkan kedudukannya yang strategik berhampiran sempadan Indonesia, sekaligus menjadikannya kawasan yang memerlukan kesedaran keselamatan yang tinggi dalam kalangan penduduk tempatan.
“Kerjasama masyarakat amat penting dalam membantu pihak berkuasa membendung jenayah rentas sempadan, penyeludupan dadah, penipuan dalam talian serta pelbagai ancaman keselamatan lain yang boleh mengganggu ketenteraman awam,” katanya ketika merasmikan majlis penutupan program berkenaan yang diadakan di sini, pada Ahad.
Dalam pada itu, menyentuh mengenai
kemajuan pesat yang sedang dikecapi Nabawanterutamanya dalam aspek infrastruktur seperti pembangunan jalan raya dan capaian internet yang semakin baik, Jauteh mengingatkankemajuan fizikal perlu seiring dengan kematangan komuniti dari segi kesedaran keselamatan.
“Utamakan keselamatan jalan raya, termasuk memakai topi keledar ketika menunggang motosikal serta menggunakan internet dan media sosial secara berhemah bagi mengelakkan diri daripada terjebak dalam jenayah siber,” ujarnya.
Pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan interaktif diadakan sepanjang program tiga hari itu yang bermula sejak 22 Mei antaranya gotong-royong membersihkan Masjid Al-Hidayah, Gereja St. Bede Nabawan serta tapak perkuburan Islam dan bukan Islam di Kampung 2 Nabawan, derma darah dan pemeriksaan kesihatan, demonstrasi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam.
Selain itu, pameran agensi, pertandingan karaoke, sukaneka, wayang pacak dan sketsa, cabutan bertuah dan mini forum serta pelancaran rasmi Penubuhan Sukarelawan BOMBA Nabawan.
Turut hadir ialah Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, Ahli Dewan Undangan Negeri Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sabah, Datuk Mohd. Azhar Hamin, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba, Mohd. Pisar Aziz, Pegawai Daerah Nabawan, Marshal Anthony @ Idham dan Ketua Polis Daerah, Yampil Garai./Penerangan– Â



