ADVERTISEMENTspot_img

Pengarah KPDN Labuan lakukan kunjungan Hormat ke Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan

Junaidah bertukar cenderamata dengan Rithuan sambil disaksikan Amiluddin (dua dari kiri) dan Rogayah (kiri sekali

LABUAN: Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail telah menerima kunjungan hormat Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidip (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan, Junaidah Arbain di pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Tingkat Empat Wisma Perbadanan Labuan, pada Isnin.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Wilayah Persekutuan Labuan, Amiluddin Malang dan Ketua Seksyen Pendayaupayaan Pengguna KPDN Wilayah Persekutuan Labuan, Rogayah Matusin.

Junaidah berkata kunjungan tersebut bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua agensi di samping membuka ruang perbincangan berkaitan inisiatif kerjasama yang lebih berkesan demi kepentingan masyarakat Labuan.

Katanya, pertemuan lebih satu jam itu juga turut bertukar pandangan serta idea dalam usaha memperkasa pelaksanaan program dan perkhidmatan yang memberi impak positif kepada rakyat.

“Kunjungan ini juga mencerminkan komitmen berterusan dalam mempererat jaringan kerjasama, selaras dengan aspirasi pembangunan dan kesejahteraan Wilayah Persekutuan Labuan”, katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN