ADVERTISEMENTspot_img

RANAU FOOD FESTIVAL MERIAHKAN ORILOLU STREET, PROMOSI LOKASI BAHARU AKTIVITI KOMUNITI

Infografik disediakan penganjur

RANAU: Penganjuran Ranau Food Festival di Orilolu Street, Lohan Ulu pada 29 dan 30 Mei ini dijangka menjadi platform memperkenalkan kawasan berkenaan sebagai lokasi baharu yang berpotensi untuk pelbagai aktiviti komuniti dan acara awam.

Pengerusi penganjur, Puan Azurisah Radi berkata festival itu bukan sahaja bertujuan memeriahkan kawasan berkenaan menerusi pelbagai jualan makanan dan aktiviti kekeluargaan, malah membuka peluang kepada orang ramai, syarikat serta penganjur acara untuk menyewa tapak berkenaan bagi pelaksanaan pelbagai program.

Beliau berkata lokasi itu sesuai dijadikan pusat penganjuran aktiviti seperti perkhemahan, sukan komuniti, hari keluarga, karnival, kem motivasi dan pelbagai acara lain.

“Melalui festival ini, kami mahu memperkenalkan Orilolu Street sebagai lokasi strategik dan mesra komuniti yang boleh dimanfaatkan untuk pelbagai program pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Ranau Food Festival akan berlangsung selama dua hari bermula jam 2 petang hingga 10 malam dengan pelbagai pengisian menarik untuk pengunjung pelbagai peringkat umur.

Antara aktiviti yang disediakan termasuk jualan makanan tradisi dan makanan viral, jualan minuman, sate bakar, ais krim, bunga-bungaan, sayur-sayuran, buah-buahan serta jualan pakaian bundle.

Selain itu, festival berkenaan turut dimeriahkan dengan pelbagai acara santai dan sukan rakyat seperti pertandingan magagong, melastik, tarik tali, permainan memancing, persembahan nyanyian, karaoke serta sesi fun aerobic untuk kanak-kanak dan peserta terbuka.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau berminat menyewa tapak di lokasi berkenaan boleh menghubungi talian 011-69207225.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN