ADVERTISEMENTspot_img

NGO Berganding Bahu Bantu Murid Man

RANAU: Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berganding bahu menghulurkan bantuan kepada 15 murid yang terjejas dalam insiden kebakaran di Kampung Timbua, di sini, baru-baru ini, bagi membantu mereka meneruskan sesi persekolahan.

NGO terlibat ialah Persatuan Wanita Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (PeWaniS), Kelab Staf Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Ranau dan Rotary Satellite Club of Kota Kinabalu Pearl Prismatic Ranau (RSCKKP Prismatic Ranau).

Sumbangan disalurkan dalam bentuk wang tunai dan peralatan sekolah kepada murid terlibat yang terdiri daripada enam pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Timbua dan sembilan murid Sekolah Kebangsaan Timbua.

Majlis penyerahan sumbangan berlangsung di Dewan Kampung Timbua dan disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Ranau yang juga Pengerusi PeWaniS Ranau, Barizah Mohd Kahar bersama Pengerusi RSCKKP Prismatic Ranau, Datuk Dr Mistirine Radin.

Turut hadir Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Timbua Elip Iipun, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Timbua Abdul Rahim Beddu, pegawai PPD Ranau, ahli RSCKKP Prismatic Ranau, guru pengiring serta ibu bapa murid terlibat.

Inisiatif itu mencerminkan keprihatinan pelbagai pihak dalam memastikan kebajikan dan kelangsungan pendidikan murid yang terkesan akibat bencana terus diberi perhatian.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN