Mohd Ali (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Ruzaimi sambil diperhatikan Sahari
LABUAN: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIAI) Bahagian Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan telah menganjurkan Program Mahabbah Ummah yang berlangsung di Surau Ganggarak Permai, di sini baru baru baru ini.
Menurut Ketua USIA Bahagian Labuan, Haji Mohd Ali @Aliman Datuk Seri Panglima Mohammed Omar Bledram program yang julung kalinya diadakan itu bertujuan untu memperkukuh dan memperkasakan pembangunan rohani, institusi kekeluargaan dan kesejahteraan hidup golongan asnaf MAIWP dan komuniti setempat di pulau ini.
” Program yang berjaya menghimpunkan lebih 100 penyertaan golongan asnaf MAIWP serta komuniti diharap dapat memperkukuh kefahaman agama, membina kekuatan spiritual dan menyemai nilai kasih sayang sesama masyarakat selaras dengan aspirasi pembangunan ummah yang holistik dan berteraskan syariat Islam”, katanya ketika ditemui pada program tersebut.
Mohd Ali berkata, pelaksanaan program tersebut mencerminkan komitmen berterusan MAIWP dan
USIA dalam memastikan agenda kebajikan dan pembangunan insan tidak hanya tertumpu
kepada bantuan material semata-mata, sebaliknya turut memberi penekanan terhadap
pengukuhan rohani dan pembinaan sahsiah diri dalam kalangan penerima manfaat.
Program tersebut menampilkan barisan penceramah jemputan berpengalaman dan
berwibawa terdiri daripada Mohammad Rizdun Ibrahim, Al-Fadhil Ustaz Muhammad Shafie Abdul
Ghani dan Al-Fadhil Ustaz Haji Norazlan Mahmood
Antara pengisian utama yang diketengahkan sepanjang program termasuklah kepentingan
memperkukuh hubungan dengan Allah SWT, membina ketenangan jiwa melalui ibadah,
mendidik institusi keluarga berasaskan nilai Islam, serta membentuk masyarakat yang
saling membantu dan prihatin terhadap golongan memerlukan.

Mohd Ali dan Sahari bersama para peserta program.
Selain itu, para peserta turut diberi suntikan motivasi untuk terus bangkit menghadapi cabaran
kehidupan dengan penuh kesabaran, keyakinan dan tawakal kepada Allah SWT disamping
didedahkan dengan pendekatan pengurusan emosi dan pembinaan jati diri yang positif
dalam mendepani tekanan hidup masa kini.
Sementara itu, Pengarah Program Yang juga Timbalan Ketua USIA Bahagian Sahari Amdan berkata, program seumpama itu amat signifikan dalam usaha mendekati golongan asnaf secara lebih menyeluruh dan berkesan kerana aspek pembangunan spiritual memainkan peranan penting dalam membina kekuatan
dalaman individu dan keluarga.
“Bantuan kewangan dan kebajikan sememangnya penting, namun pengisian rohani juga amat diperlukan bagi membantu golongan asnaf membina keyakinan diri, meningkatkan
ketahanan emosi serta memperkukuh hubungan dengan Allah SWT agar mereka mampu
meneruskan kehidupan dengan lebih bermaruah dan berdaya saing,” katanya.
Beliau menjelaskan program tersebut turut menjadi medium memperkukuh hubungan
silaturahim antara agensi, masyarakat dan golongan asnaf melalui pendekatan dakwah
yang lebih mesra, inklusif dan menyentuh hati.
Hadir sama pada program itu, Penolong Pengurus Kanan MAIWP Labuan, Ustaz Ruzaimi Ibrahim
dan Ahli Jawatankuasa pelaksana program tersebut.



