ADVERTISEMENTspot_img

Ewon yakin kutipan hasil oleh JPDS akan terus meningkat

LABUAN: Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Ewon Benedick yakin kutipan hasil oleh Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) dapat dipertingkatkan pada masa hadapan.

Beliau berkata, pencapaian kutipan hasil melebihi RM40 juta pada tahun 2025 membuktikan keupayaan dan komitmen tinggi warga jabatan dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

“Setinggi-tinggi penghargaan saya kepada pengarah dan seluruh warga JPDS atas pencapaian prestasi yang amat cemerlang membantu Kerajaan Negeri Sabah mencapai kutipan hasil sebanyak RM40,763,969.76 pada tahun lalu.

“Saya berada di kementerian ini lebih kurang lima bulan dan setiap kali ada perbincangan di kementerian, saya lihat komitmen tinggi JPDS, pengarah dan pegawainya untuk hadir serta memberikan pandangan. Sebab itu saya sangat yakin kutipan itu dapat dipertingkatkan lagi.

“Sudah tentu kementerian mempunyai tanggungjawab untuk memastikan peranan dapat disalurkan, supaya bukan hanya kutipan meningkat, tetapi motivasi warga JPDS turut diperkukuhkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Apresiasi dan Sanjungan Budi Tahun 2025 JPDS di sini, semalam.

Ewon berkata, pencapaian itu bukan sahaja mencerminkan kecekapan dan dedikasi jabatan dalam pemungutan hasil negeri, tetapi turut membuktikan peranan penting JPDS sebagai penyumbang signifikan kepada ekonomi Sabah, khususnya dalam sektor maritim.

“Ini adalah semangat Sabah First iaitu meletakkan kepentingan pembangunan negeri, kekuatan ekonomi tempatan dan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan dalam setiap tindakan dan keputusan,” katanya.

Beliau menambah, kejayaan itu juga adalah hasil semangat kerjasama dan budaya kerja berintegriti yang menjadi teras kekuatan JPDS.

Ewon turut memuji usaha pendigitalan JPDS melalui aplikasi E-JPDS yang disifatkan sebagai satu langkah ke hadapan dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.

Katanya, inisiatif itu mencerminkan komitmen tinggi ke arah merealisasikan aspirasi Kerajaan Negeri Sabah dalam memperkukuh Digital Government.

“Saya berharap JPDS akan terus proaktif meneroka inovasi baharu, memperluaskan penggunaan teknologi digital dan meningkatkan keupayaan warga kerja selari dengan perkembangan semasa,” katanya.

Mengenai majlis itu, Ewon berkata ia adalah platform penting dalam menghargai sumbangan penjawat awam.

“Tahniah kepada tiga penerima Anugerah Khas Pengarah dan 23 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025. Diharapkan penganugerahan ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga JPDS,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa, kejayaan sesebuah jabatan tidak bergantung kepada individu semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama erat seluruh pasukan bagi mencapai kecemerlangan bersama.

Turut hadir Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Datuk Jonnybone Kurum; Setiausaha Tetap kementerian, Datuk Thomas Logijin; Timbalan Setiausaha Tetap MINDET, Moira David serta Pengarah JPDS, Maswandie Maimoon.
[22/04, 1:22 pm] Marryan Razan SUA: 30 Usahawan Inap Desa Sabah sertai Program BANGKIT INSKEN 2026

22 April 2026

KOTA KINABALU: Seramai 30 usahawan inap desa di seluruh Sabah menyertai Program Latihan dan Bimbingan Perseorangan Bumiputera INSKEN (BANGKIT): Eco-Tourism Sabah 2026 selama tiga hari bermula kelmarin, di The Palace Hotel di sini.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, ini merupakan program pertama daripada tiga program kerjasama kementeriannya dengan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) pada tahun ini.

“Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah bekerjasama dengan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) bagi melaksanakan tiga program BANGKIT di Sabah sepanjang tahun ini.

“Program BANGKIT INSKEN Sabah 2026 ini adalah inisiatif pembangunan usahawan oleh INSKEN dengan kerjasama strategik MINDET dalam usaha memperkasa usahawan tempatan ke tahap yang lebih kompetitif, mampan dan berskala.

“Program ini memberi fokus kepada pembangunan usahawan melalui pendekatan latihan intensif dan bimbingan berstruktur oleh pakar industri iaitu Datuk Jeffry Ayah @ Datuk Cobra, pengusaha Misompuru Homestay, Kudat” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi Meet & Greet usahawan-usahawan peserta Program Latihan dan Bimbingan Perseorangan Bumiputera INSKEN (BANGKIT) Sabah bagi kluster eko-pelancongan, di sini, kelmarin.

Ewon berkata, dalam sesi tersebut beliau turut berkongsi mengenai inisiatif pembangunan keusahawanan, perindustrian dan pengangkutan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sabah melalui MINDET, termasuk penyelarasan dengan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan.

“Saya berharap Program BANGKIT ini dapat membantu memacu usahawan-usahawan eko-pelancongan ini untuk terus berjaya. Saya doakan kejayaan semua,” katanya.

Ewon berkata, Program BANGKIT Sabah 2026 memberi fokus kepada tiga sektor iaitu eko-pelancongan, pencipta kandungan (content creator) untuk perniagaan digital dan makanan dan minuman (F&B), bertujuan meningkatkan ilmu dan kemahiran keusahawanan, produktiviti serta daya saing usahawan.

Selain itu, katanya, program berkenaan juga bertujuan membantu usahawan scale-up perniagaan, memperkasa usahawan mikro secara berstruktur serta memberi pendedahan praktikal berimpak tinggi.

Program BANGKIT ini dilaksanakan selama tiga bulan dengan pendekatan menyeluruh merangkumi tiga fasa, iaitu fasa pertama bengkel intensif selama tiga hari.

Fasa kedua ialah coaching one-on-one iaitu bimbingan individu bersama industry coach yang memberi fokus kepada situasi sebenar perniagaan peserta serta pemantauan pelaksanaan strategi.

Fasa ketiga pula adalah pendedahan praktikal melalui lawatan industri dan aplikasi terus dalam perniagaan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN