ADVERTISEMENTspot_img

93 pelajar SMA MAIWP terima anugerah Kecemerlangan 2025

Mohd Rafie (tengah) bersama pelajar yang menerima Anugerah Kecermelangan 2025.

LABUAN: Seramai 93 pelajar Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) Labuan yang cemelang dalam pendidikan akademik dan sahsiah menerima anugerah pada Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Tahun 2025 yang diadakan di Lazenda Hotel, Labuan, pada Sabtu.

Majlis penyampaian anugerah disempurnakan oleh Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz Mohd Rafie.

Penganjuran majlis ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada murid-murid yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah.

Selain itu, ia turut menjadi platform untuk menyuntik semangat dan motivasi kepada para pelajar agar terus berusaha dengan gigih dalam mencapai kejayaan tanpa rasa terpinggir.

Mereka yang menerima anugerah itu melibatkan pelbagai kategori antaranya Mata Pelajaran Terbaik, Kelas Terbaik, Anugerah Khas SPM dan Anugerah Khas Kecemerlangan Holistik.

Majlis penuh gilang gemilang itu turut meraikan 42 pelajar yang menamatkan pengajian tingkatan lima pada tahun 2025.

Hadir sama, Pengetua SMA MAIWP Labuan, Aminah Zakaria, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Kamariah Salim, Yang Di Pertua PIBG SMA MAIWP Labuan, Dzulfaizal Abd. Manan dan Wakil Unit Pembangunan Insan MAIWP Labuan, Nur Fazilah Mahadi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN