ADVERTISEMENTspot_img

Pembelian Panik punca bekalan beras putih berkurang di Labuan.

Junaidah ketika melakukan pemeriksaan bekalan beras di peringkat pemborong.

LABUAN: Pembelian Panik atau berlebihan terhadap beras puteh menyebabkan masalah kekurangan bekalan selepas penularan maklumat tidak tepat yang tersebar di media sosial beberapa hari yang lalu sekaligus menjejaskanbekalan beras puteh di pasaraya.

Susulan kejadian itu, pihak KPDN Labuan telah menjalankan pemeriksaan bekalan diperingkat pemborong termasuk di pasar raya untuk memastikan bekalan mencukupi dan pematuhan undang-undang.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati bekalan di peringkat pemborong stabil dan mencukupi, kekurangan sementara berlaku di peringkat runcit disebabkan permintaan mendadak disamping menunggu penghantaran bekalan dari Sabah.

Pengarah KPDN Labuan, Junaidah Arbain berkata, hasil pemantauan mendapati bekalan beras puteh dan barang kawalan asas lain di peringkat pemborong adalah mencukupi dan stabil, manakala jadual penghantaran berjalan seperti biasa tanpa sebarang kelewatan.

Beliau turut menasihatkan pengguna agar tidak melakukan pembelian panik, sebaliknya membeli secara berhemah bagi memastikan kestabilan berlaku dipasaran.

Sebarang aduan berkaitan bekalan beras boleh disalurkan kepada Kementerian Pertanian Keterjaminan Makanan (KPKM), manakala aduan berkaitan harga boleh dibuat kepada KPDN untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN