ADVERTISEMENTspot_img

Ahli Parlimen Ranau Santuni Rakyat Melalui Rumah Terbuka Aidilfitri

MERIAH……..Datuk Jonathan (tengah) dan isteri Datin Helena (tiga kiri) sempat berkunjung di rumah kediaman Sapilin Mudin di Kg. Sinarut Baru Ranau.

OLEH: SALWAH ARAMAT

RANAU: Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin, terus memperkukuh hubungan dengan masyarakat apabila menghadiri majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekitar daerah ini, baru-baru ini.

Kehadiran beliau ke setiap lokasi mencerminkan komitmen berterusan dalam mendekati rakyat di peringkat akar umbi, khususnya dalam suasana lebaran yang penuh kemeriahan dan semangat perpaduan.

Sepanjang program itu, beliau diiringi isterinya, Datin Helena Masry, serta beberapa kakitangan dari Pejabat Parlimen Ranau yang turut membantu melancarkan perjalanan majlis.

Setiap kunjungan beliau disambut meriah oleh penduduk setempat yang tidak melepaskan peluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan wakil rakyat mereka.

Suasana harmoni jelas terpancar apabila masyarakat pelbagai lapisan hadir memeriahkan sambutan, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan rakyat.

Bagi penduduk, kehadiran pemimpin seperti beliau amat bermakna kerana ia mencerminkan keprihatinan terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat setempat.

Selain menikmati pelbagai juadah yang disediakan, majlis tersebut turut menjadi platform bagi penduduk bertukar pandangan serta menyuarakan pendapat secara santai.

Rata-rata penduduk melahirkan rasa gembira dan menghargai kehadiran seorang pemimpin yang sentiasa turun padang serta komited dalam menyantuni rakyat tanpa mengira masa dan keadaan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN