ADVERTISEMENTspot_img

Perpaduan dan kesetian ahli parti kunci kebangkitan UMNO Labuan-Khaled Nordin

Mohd Rafi menyampaikan cenderahati kepada Khaled selepas merasmikan serentak Mesyuarat Cawangan UMNO Bahagian Labuan pada Ahad

LABUAN:Perpaduan yang utuh serta kesetiaan ahli parti dan mengenepikan soal jawatan dalam parti merupakan kejayaan UMNO Labuan bangkit semula.

Demikian kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika berucap merasmikan Serantak Mesyuarat Cawangan Cawangan UMNO Bahagian Labuan di sini pada Ahad.

Beliau berkata UMNO Labuan mempunyai kekuatan tersendiri dengan perpaduan yang utuh serta kesetiaan ahli disamping melahirkan pendekatan baharu dalam parti merupakan asas penting UMNO Bahagian Labuan berjaya bangkit semula.

“Saya di beritahu oleh Ketua Bahagian, Datuk Mohd Rafi bahawa UMNO Bahagian Labuan mencapai kesepakatan tanpa sebarang persengkitaan dan ahli ahlinya mempunyai nilai nilai kepimpinan yang tinggi menjadi asas yang akan membawa kepada kejayaan UMNO khususnya pada PRU yang akan datang”, katanya.

Namun demikian katanya, realiti politik hari ini menuntut pendekatan baharu dan UMNO perlu keluar daripada cara lama, mendekati pengundi khususnya generasi muda serta memperluas sokongan kepada mereka untuk mendekati dan menyokong parti UMNO.

“Usaha ini perlu disokong dengan keterlihatan program di lapangan agar UMNO terus dekat dan relevan dengan masyarakat.

Dalam masa yang sama, usaha memperkukuh parti mesti disertai dengan penyatuan semula, termasuk membuka ruang kepada mereka yang pernah bersama UMNO untuk kembali memperkuatkan saf perjuangan” katanysa.

Khaled berkata Labuan mempunyai potensi besar untuk menyumbang kemenangan kepada Barisan Nasional sekaligus menghadiahkan satu kerusi kepada BN pada PRU ke 16.

“Dengan gerak kerja yang tersusun dan kesiapsiagaan dari sekarang, UMNO Labuan mampu bangkit dan kembali memenangi hati rakyat”, katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN