ADVERTISEMENTspot_img

TAMBUNAN BENTUK JAWATANKUASA PELAKSANA KAAMATAN 2026

Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Pesta Kaamatam Tambunan 2026

TAMBUNAN: Persiapan awal bagi Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tambunan 2026 dimulakan menerusi Mesyuarat Persediaan Kaamatan Daerah Tambunan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Trusmadi, Pejabat Daerah Tambunan, di sini, pada Khamis.

Mesyuarat itu dipengerusikan Pegawai Daerah Tambunan, Azri Jaini Jeffrey, bagi membentuk Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tambunan 2026 sekali gus memastikan penganjuran perayaan tahunan berkenaan berjalan lancar.

Ahli Parlimen Keningau merangkap ADUN Tambunan, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan turut menghadiri mesyuarat tersebut.

Sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah dijadual berlangsung pada 16 Mei depan di Dewan Terbuka Pisompuruan Square, dan dijangka menghimpunkan penyertaan masyarakat setempat serta pelbagai agensi kerajaan.

Tema sambutan tahun ini, “Kaamatan: Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian”, menekankan semangat kebersamaan, perpaduan komuniti serta penghargaan terhadap warisan budaya masyarakat Sabah.

Turut hadir Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) Tambunan, Jinus Taguah, bersama ketua-ketua jabatan serta wakil agensi kerajaan Persekutuan dan negeri yang terlibat dalam penyelarasan program sambutan berkenaan.

Persediaan awal itu dilihat penting bagi memastikan Pesta Kaamatan Tambunan terus kekal sebagai simbol warisan budaya, perpaduan masyarakat serta identiti komuniti di daerah ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN