Fasa gerhana bulan dirakam dari Kampung Tambalugu, Tuaran oleh jurufoto JaPen Sabah, Shahvian Mohd Razali pada 3 Mei 2025.
KOTA KINABALU: Fenomena gerhana bulan atau dikenali sebagai “blood moon” menghiasi malam Ramadan dan sambutan Chap Goh Mei menandakan penutup perayaan Tahun Baharu Cina.
Dua orang jurufoto Jabatan Penerangan Malaysia, Negeri Sabah Johnny Joklis dan Shahvian Mohd Razali sempat merakamkan fenomena bersejarah itu di dua lokasi berbeza di Sabah iaitu Taman Suria, Penampang dan Kampung Tambalugu, Tuaran.
Imej berkenaan memperlihatkan perubahan rona bulan ketika fasa gerhana penuh, sekali gus menarik perhatian orang ramai yang tidak melepaskan peluang menyaksikan fenomena astronomi tersebut.
Menurut Pejabat Mufti Negeri Sabah, gerhana bulan berlaku apabila bumi berada di antara matahari dan bulan sehingga bayang bumi menutupi permukaan bulan.
Dalam kenyataan sebelum ini, pejabat berkenaan turut menggalakkan umat Islam menunaikan Solat Sunat Gerhana (Khusuf) serta mengimarahkan masjid dan surau sepanjang tempoh fenomena tersebut mengikut kesesuaian pengurusan masing-masing./Penerangan–



