ADVERTISEMENTspot_img

PUSAKA Sabah Hulur Sumbangan Cakna Ringankan Beban Penerima

Welly menyampaikan sumbangan kepada wakil Jurusan Aru Lantahon, Ebalang Baru.

KENINGAU: Persatuan Keluarga Keturunan Pahlawan Ontoros @ Antenom (PUSAKA) Sabah telah mengagih-agihkan “sumbangan cakna” berupa barangan makanan kepada waris yang kurang mampu sempena sambutan Krismas dan Tahun Baru, baru-baru ini.

Presiden PUSAKA Sinawat @ Welly Antakah berkata, sumbangan disalurkan kepada Ketua Tujuh Jurusan Keturunan untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Katanya, Tujuh Jurusan Keturunan Pahlawan Ontoros @ Antenom terdiri daripada Aru sunggulan, Aru Bait, Aru Bayur, Aru Lantahon, Aru Apoi, Aru Rikut dan Aru Alip.

“Sumbangan cakna” ini merupakan sentuhan kasih kepada keluarga waris Tujuh Jurusan yang kurang mampu terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, OKU dan yang tidak mempunyai pendapatan tetap” katanya.

Menurut Welly, walaupun sumbangan yang diberikan tidak seberapa tetapi ia menunjukkan keprihatinan PUSAKA kepada waris atau ahli persatuan.

Katanya, sumbangan cakna ini adalah salah satu daripada program yang telah dirancang oleh PUSAKA.

PUSAKA adalah persatuan yang berdaftar dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 13 Julai 2013 selepas program Jejak Kasih Keluarga Pahlawan Ontoros @ Antenom pada 12 dan 13 Mac 2012 di Kampung Salarom Baru Nabawan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN