Haji Ismanto menyerahkan replika sumbangan tersebut kepada Pengerusi Pusat Austime Labuan, Shafrry Mohd Sharif (kanan) sambil disaksikan Presiden LGC, Althur Kong (tengah).
𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍: 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐀𝐮𝐭𝐢𝐬𝐦𝐞 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐑𝐌𝟑,𝟕𝟓𝟎 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐮𝐚 𝐩𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐛𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 (𝐍𝐆𝐎)
𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐚𝐮𝐬𝐭𝐢𝐦𝐞 𝐝𝐢 𝐩𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐢𝐭𝐮.
Sumbangan tersebut masing masing diberikan oleh Syarikat Chimo Tech Sdn. Bhd sebanyak RM3,000 dan Kelab Golf Labuan RM750. 00.
Timbalan Presiden Kelab Golf Labuan yang juga Pengurus Syarikat Chimo Tech. Sdn. Bhd. Haji Ismanto Isnanthomo berkata, sumbangan LGC itu adalah hasil kuitipan pemain golf yang menyertai Pertandingan Golf Piala Timbalan Presiden LGC 2026 yang diadakan baru baru ini.
Beliau berkata, walaupun sumbangan tersebut tidak sebesar mana jumlahnya, namun ia permulaan yang baik untuk membantu komuniti kebajikan seperti Pusat Austime Labuan yang memerlukan perhatian dan bantuan tentang keperluan pusat itu.
“Ini kerana pusat tersebut memainkan peranan besar dalam memberi sokongan dan pendidikan serta jagaan kepada anak anak austime”, katanya.
Dalam pada itu beliau yakin LGC dan Pusat Austime Labuan mampu menjalin kerjasama dalam pelbagai bentuk seperti program kesedaran, aktiviti bersama komuniti atau sokongan secara berterusan.
“Kita bukan sahaja membina sebuah kelab yang aktif dalam sukan tetapi juga kelab yang prihatin terhadap masyarakat dan berperanan dalam membentuk Labuan sebagai komuniti yang inklusif dan penyayang” jelasnya.



