ADVERTISEMENTspot_img

“HARMONI RASA RAMADAN IFTAR” TONJOLKAN CITA RASA TEMPATAN IBIS STYLES KOTA KINABALU INANAM

Natalia bersama krew Ibis Styles semasa promo Harmoni Rasa Ramadan Iftar.

KOTA KINABALU: Sempena kedatangan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Ibis Styles Kota Kinabalu Inanam menjemput orang ramai untuk menikmati pengalaman berbuka puasa istimewa menerusi bufet “Harmoni Rasa – Ramadan Iftar:

Authentic Local Flavours” yang akan berlangsung di Gabion Bistro bermula 26 Februari hingga 15 Mac 2026, setiap hari dari jam 6.00 petang hingga 9.00 malam.
Bufet ini diketengahkan khas dengan cita rasa tempatan Sabah dan hidangan tradisional kampung yang dekat di hati, menampilkan sajian popular seperti Daging Masak Rendang, sate panas yang dihidangkan bersama kuah kacang, lemang dan Ketupat Pandan, Kambing Bakar serta pelbagai pilihan kuih-muih tradisional Melayu.

Antara tarikan utama ialah stesen live pembuatan penjaram yang menyajikan kuih ikonik Kota Belud, disediakan segar setiap hari.

Menurut Timbalan Pengurus Besar Ibis Styles Kota Kinabalu, Natalia Nadirah Saiman berkata konsep Harmoni Rasa direka sebagai ruang yang selesa dan mesra untuk keluarga, rakan serta rakan sekerja berkumpul dan mengeratkan silaturahim selepas seharian berpuasa.

“Bufet ini diinspirasikan daripada rasa-rasa yang biasa dan mengujakan, membawa nostalgia hidangan rumah ke suasana berbuka puasa yang santai dan menyenangkan,” katanya.

Bagi memudahkan lebih ramai menikmati pengalaman ini, harga promosi early bird ditawarkan pada kadar RM88 seorang sehingga 10 Februari 2026, termasuk untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas. Harga biasa adalah RM108 bagi dewasa dan RM58 bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun.

Ahli Accor turut menikmati diskaun 10 peratus daripada harga biasa, manakala promosi Buy 10 Free 1 ditawarkan untuk harga dewasa biasa sahaja.

Selain bufet makan di restoran, Harmoni Rasa turut ditawarkan dalam bentuk set bungkus pada harga RM49 bersih seorang, sesuai untuk dibawa pulang atau dikongsi bersama keluarga, jiran tetangga serta golongan memerlukan. Inisiatif ini turut menyokong semangat infaq dan sadaqah sepanjang bulan Ramadan.

Tempahan awal adalah digalakkan. Terma dan syarat adalah tertakluk.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN