Rosdin (duduk tengah) bersama tetamu dan para sukarelawan KBDR yang diraikan pada majlis tersebut.
LABUAN: 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 (𝐉𝐊𝐌) 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧 (𝐉𝐊𝐌) 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐫𝐚 𝐬𝐮𝐤𝐚𝐫𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐢𝐛𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐊𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐃𝐢 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡 (𝐊𝐁𝐃𝐑) 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐚𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐓𝐢𝐚𝐫𝐚 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐭𝐞𝐥, 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮.
Pada majlis itu, seramai 25 orang sukarelawan KBDR menerima sijil penghargaan dan cenderahati yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Labuan, Rodin Suri.
Hadir sama memariahkan majlis itu, Penyelaras KBDR Kebangsaan, Haji Othman Mawi, Naib Yang Di Pertua Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia (MPKSM) Negeri Johor, P. Tochenamuriti dan Pengerusi MPKSM Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan, Lim Lean Im.
Terdahulu, Rosdin ketika berucap pada malis itu berkata, majlis ini bukan sahaja menjadi wadah untuk memperkukuh kapasiti para sukarelawan, malah sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka dalam membantu masyarakat yang memerlukan serta menunjukkan komitmen tinggi sepanjang pelaksanaan program KBDR.
Beliau turut menjelaskan Program Khidmat Bantu Di Rumah (KBDR) merupakan satu perkhidmatan sokongan sosial berbentuk social outreach yang disediakan oleh sukarelawan terlatih kepada warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) di rumah masing-masing.
Katanya, perkhidmatan ini merangkumi pelbagai bantuan seperti penyediaan makanan, penjagaan diri, aktiviti harian dan pendampingan sosial yang menyemai nilai belas kasihan dan hormat kepada golongan yang memerlukan.
Sehingga kini, sukarelawan berkenaan telah memberikan khidmat kepada 100 Warga Emas dan golongan OKU.
“Mereka sebenarnya adalah wira yang tidak didendang dan wira-wira tanpa tanda jasa yang
telah menyumbang masa, tenaga dan kasih sayang kepada mereka yang memerlukan.
“Anda semua adalah contoh terbaik nilai kemanusiaan dan kepedulian dalam masyarakat kita.”, katanya.



