26 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 18, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

KPDN LABUAN selesaikan 139 kes aduan sepanjang tahun 2025

Pegawai Penguatkuasa KPDN Labuan ketika melakukan pemeriksaan harga barang.

LABUAN:Kementerian Pengguna Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan berjaya menyesaikan 100 peratus aduan 139 kes yang dilaporkan sepanjang tahun 2025

Pengarah KPDN Wilayah Persekutuan Labuan, Junaidah Arbain berkata kesemua kes berkenaan telah berjaya diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.

“Kejayaan itu adalah hasil pengurusan aduan yang cekap serta tindakan susulan yang dilaksanakan secara menyeluruh dan berhemah”, katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Jelas Junaidah, daripada jumlah tersebut, sebanyak 19 aduan telah menghasilkan tindakan kes penguatkuasaan, manakala 23 aduan dikenal pasti sebagai luar bidang kuasa KPDN dan telah dirujuk kepada agensi berkaitan untuk tindakan lanjut.

Sementara itu katanya, aduan berkaitan harga merupakan kategori tertinggi dengan 60 aduan, diikuti perkhidmatan mengelirukan (23 aduan), transaksi dalam talian (18 aduan), bengkel kenderaan bermotor (8 aduan) serta iklan yang mengelirukan (6 aduan).

“Statistik tersebut mencerminkan tahap keprihatinan pengguna terhadap ketelusan harga dan amalan perdagangan yang adil di pasaran”, katanya.

Junaidah berkata, pengurusan aduan pengguna merupakan antara mekanisme penting dalam melindungi hak pengguna serta memastikan pematuhan undang-undang oleh peniaga.

“Justeru itu orang ramai digalakkan untuk terus menyalurkan sebarang aduan atau maklumat berkaitan isu kepenggunaan melalui saluran rasmi KPDN, termasuk Portal e-Aduan KPDN, WhatsApp Aduan Pengguna, Hotline KPDN atau menghubungi pejabat dan Bilik Gerakan KPDN WP Labuan, faks atau hadir sendiri ke pejabat KPDN Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN