Dr Zaliha yanh diiringi Sukuran ketika meninjau gerbang berbentuk terowong di Kampung Layangan baru baru ini.
LABUAN: Pembangunan Infrasttuktur di kawasan tarikan pelancong di Pantai Layangan dinaik taraf bagi meningkatkan lagi keindahan dan suasana yang lebih menarik sekaligus menambah kehadiran pelancong di kawasan itu,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha berkata, usaha itu sejajar dengan komitmen kerajaan Persekutuan untuk menjadikan Labuan sebagai hab pelancongan khususnya di rantau Borneo.
“Kita yakin dengan siap sepenuhnya projek menaik taraf struktur pantai Kampung Layangan ini ia bukan sahaja dapat menjana pendapatan peniaga kecil di kawasan ini, malah projek ini juga selari dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan Persekutuan untuk menjadikan Labuan sebagai hab pelancongan di Malaysia’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika melakukan tinjauan ke tapak projek naik taraf pembangunan di pantai Layangan baru baru ini.
Turut sama, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Sukuran Mohd Taib.
Zaliha berkata, antara kemudahan yang di naik taraf di kawasan ini termasuklah pembinaan sebuah gerbang berbentuk terowong yang unik sesuai untuk berswafoto, menara tinjau serta pembinaan gerai makanan baharu dan gerai sedia ada yang dinaik taraf dan destinasi riadah hujung minggu.
Jelas beliau, projek tersebut dilaksanakan sepenuhnya oleh Perbadanan Labuan.
Sementara itu Ketua Kampung Layangan, Faizal Lakat menzahirkan ucapan trrima kasih kepada kerajaan Persekutuan khususnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha yang telah memberikan tumpuan sepenuhnya dalam meningkatkan kemudahan awan yang sekaligus menjadikan Kampung Layang destinasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi pelancong tempatan dan luar.



