Siap sedia….Azizah bersama jentera Wanita GRS Dun Karambunai dan Dun Inanam.
INANAM: Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun menegaskan kepentingan memperkukuhkan jentera parti khususnya di kawasan tumpuan menjelang pilihan raya negeri akan datang.
Menurut beliau, jentera wanita GRS perlu lebih proaktif mengenal pasti pengundi di kawasan masing-masing serta memastikan strategi turun padang dilaksanakan dengan lebih tersusun.
“Jentera mesti perkemas gerak kerja. Kita jangan tunggu di pejabat, sebaliknya perlu turun padang, ziarah rumah ke rumah, dekati masyarakat dan kenali isu mereka secara dekat,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa Program Jentera Wanita GRS Dun N16 Karambunai dan N18 Inanam bersama Ketua Wanita GRS Datuk Seri Panglima Hjh Azizah Mohd Dun di Inanam kelmarn.
Hadir sama Penolong Setiausaha Wanita GRS, Salmah Sait, Kerua Penyelaras Wanita GRS Parlimen Sepanggar, Datuk Aziah Atoh serta jenters Wanita GRS Dun Karambunai dan jentera Dun Inanam.
Azizah menambah, kekuatan sebenar GRS terletak pada perpaduan dan kesediaan jentera akar umbi yang memahami aspirasi rakyat.
“Wanita adalah tulang belakang. Jika kita rapat dengan rakyat, kita dapat yakinkan mereka tentang perjuangan GRS sebagai wadah terbaik untuk membawa Sabah terus maju,” jelasnya.
Beliau menyeru agar semua pemimpin dan ahli wanita GRS terus berganding bahu, meningkatkan semangat juang serta memastikan setiap kawasan tumpuan berada dalam keadaan siap siaga.
“Dengan jentera yang mantap dan kesatuan yang kukuh, GRS pasti menjadi pilihan utama rakyat Sabah. Inilah masanya kita buktikan kekuatan sebenar, dan pastikan kemenangan besar milik GRS,” tegas Azizah.



