Mohd Husni (dua dari kiri) menyerahkan Bendera Wilayah Persekutuan Labuan kepada Datuk Parang sambil disaksikan Mohd Sukuran (kiri sekali) dan Nik Ahmad Zahiruddin (kanan sekali)
LABUAN: Kontijen Labuan menyasarkan 9 pingat emas, dua pingat perak dan 8 gangsa pada Kejohanan Sukan Borneo yang akan di adakan di Kuching Sarawak dari 23 hingga 28 September depan.
Pengerusi Perbadanan Labuan, Dato’ Mohd Husni Mohamad Salleh berkata sasaran itu bersandarkan dalam acara sukan Boling Padang dan beberapa sukan lain yang berpotensi untuk dimenangi pada temasya dwi tahunan itu.
Katanya, kontijen Labuan akan menyertai tujuh daripada lapan acara sukan yang dipertandingkan membabitkan sukan Boling Padang, Badminton, Memanah, olahraga, Akuatik Renang, Tarik Tali dan Golf VIP.
“Kontijen Labuan akan mengambil bahagian dalam tujuh acara dengan kekuatan seramai 50 atlet, 9 jurulatih lima pengurus dan 44 orang urus setia”, katanya pada Majlis penyerahan Bendera Kontijen Wilayah Persekutuan (Labuan) ke Borneo Games Kuching 2025 di salah sebuah hotel di sini, pada Jumaat.

Bersama atlet Labuan yang akan menyertaiSukan Borneo 2025
Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (Pengurusan dan Sisio Ekonomi) yang juga Chef De Mission Kontijen Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Parang Abai, @Thomas, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Mohd Sukuran Taib dan Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan Nik Ahmad Zahiruddin Nik Salleh.
Kali terakhir penganjursn Sukan Borneo diadakan pada tahun 2013, dimana Laluan menjadi tuan rumah yang disertai lapan kontijen termasuk Brunei Darusalam dan Kalimantan Indonesia.
Setelah lebih satu dekat tidak dianjurkan edisi kali ini akan disertai oleh enam kontijen dengan lapan jenis sukan dipertandingkan membabitkan acara Badminton, Boling Padang, Olahraga, Memanah Meyumpit, Tarik Tali dan Golf VIP.



