ADVERTISEMENTspot_img

MAIWP lulus peruntukan RM 2.1 juta untuk bina 13 rumah baharu asnaf di Labuan

Syed Kamarulzaman menyerahkan secara simbolik kunci rumah baharu MAIWP kepada puan Rosnah.

LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) meluluskan peruntukan sebanyak RM 2.1 juta bagi membina 13 buah rumah baharu pada tahun ini menerusi Skim Bantuan Membina Rumah di Labuan.

Pengerusi MAIWP, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata pembinaan rumah baharu itu yang diperlukannya oleh asnaf di sini telah dilaksanakan secara berperingkat.

“Sebanyak 13 buah rumah baharu yang diperlukan oleh asnaf kini telah dalam pembinaan… setiap rumah baharu bernilai lebih RM100, 000, selain itu kita juga luluskan peruntukan tambahan RM10, 000 bagi pembelian kelengkapan perabut” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada majlis penyerahan rumah baharu kepada puan Rosnah Bidin salah seorang asnaf di Kampung Pohon Batu, pada Khamis.

Pada program tersebut Syed Kamarulzaman turut menyerahkan sebuah lagi rumah baharu kepada Puan Misnah Chumin di Kampung Lajau.

Syed Kamarulzaman berkata, selain itu kedua dua penerima bantuan rumah baharu turut menerima bantuan Sara Hidup dan bantuan lain yang di agihkan oleh MAIWP menerusi wang zakat.

Beliai berkata, bagi puan Misnah Chumin juga menerima bantuan Sara Hidup bernilai RM 500 sebulan bulanan dan juga bantuan pembekalan barang keperluan asasi sebanyak RM300 sebulan, secara keseluruhannya beliau menerima bantuan sepanjang tahun 2025 berjumlah RM119, 600.00.

Manakala puan Rosnah pula turut menerima bantuan Sara Hidup MAIWP bernilai RM500 sebulan. MAIWP juga meluluskan bantuan persedian IPT kepada salah seorang anak beliau yang akan melanjutkan pelajaran ke IPT (UKM) secara keseluruhan sepanjang tahun 2025 beliau telah menerima bantuan wang zakat berjumlah RM121, 100.

“MAIWP akan setiasa berusaha membantu dan menyantuni golongan asnaf untuk menyalurkan bantuan yang diperlukan oleh asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putra jaya”, katanya.

Hadir sama, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Haji Yahya, Pengurus Bahagian Prembangunan Asnaf MAIWP, Ahmad Tarmizi Haji Yahya, Pengurus Bahagian Agihan Zakat MAIWP, Ahmad Shafuddin Md. Tahir dan Pengurus MAIWP Labuan, Md. Fadzli Md. Saad.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN