ADVERTISEMENTspot_img

Pejabat Daerah Ranau nafi terlibat, ingatkan orang ramai waspada surat derma palsu

Tinus


RANAU: Pejabat Daerah Ranau menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap kegiatan penipuan yang menggunakan nama pejabat itu dan Pegawai Daerah bagi tujuan memohon sumbangan kewangan melalui surat palsu serta panggilan telefon.

Pegawai Daerah Ranau, Tinus Manggam, ketika dihubungi Borneo Daily Bulletin hari ini berkata, sindiket berkenaan dikesan menghantar surat yang kononnya daripada Pejabat Daerah Ranau selain membuat panggilan telefon dengan menyamar sebagai beliau atau kakitangan pejabat tersebut.

Salinan surat yang digunakan oleh individu tidak bertanggungawab untuk tujuan menipu



“Orang ramai diingatkan supaya tidak melayan panggilan daripada nombor yang tidak dikenali atau individu yang mencurigakan

“Jika menerima sebarang surat meminta derma atau sumbangan atas nama pejabat ini, sila hubungi Pejabat Daerah Ranau untuk pengesahan,” katanya.

Menurut Tinus, sebarang pertanyaan atau pengesahan boleh dibuat melalui talian rasmi 088-875253 atau 088-870505, ataupun emel pd.ranau@sabah.gov.my.

Beliau turut menasihati orang ramai yang telah menjadi mangsa dan memberikan sumbangan kepada pihak tidak bertanggungjawab itu agar segera memaklumkan kepada Pejabat Daerah Ranau atau membuat laporan polis.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN